Monday, 21 November 2016

Is this the E N D ?

apa yang kita harapkan dalam kehidupan? sesuatu kehidupan yang bahagia. seperti jugak aku. harapan yang aku letak mungkin terlalu tinggi atau aku je yang sering berkhayal. penantian selama 2bulan akhirnya berakhir. rupanya aku je yang sering mempertahankan hubungan tu tapi dia tetap bersahaja. sekarang semuanya sudah berakhir. walau apa pun aku bersyukur sebab dapat berkenalan dengan dia. setahun 2bulan. hmm satu tempoh masa yang lama. yang tidak aku sangka endingnya begini.

kini aku sedar cinta yang aku pinta tidak berakhir dengan apa yang aku impikan. kini aku mengerti mencintai tak semestinya memiliki. aku juga sedar yang kita tidak seharusnya mencintai seseorang melebihi yang Maha Esa. aku pun tidaklah sempurna, ada juga kekurangan aku. cuma aku jadi takut untuk mengenali yang lain. aku jadi takut untuk memberi cinta dan menaruh harapan sekali lagi. aku tahu tidak semua orang mampu menerima tapi aku yakin dengan takdir-Nya. tapi aku tidak menafikan kadang kala diri dia sering bermain difikiran.

sekarang aku lebih fokus pada masa depan. capai semua impian aku. membina kehidupan yang aku impikan. mungkin lebih sibuk atau tak. mungkin juga ini tulisan terakhir daripada aku. aku harus sikap lebih matang dan aku akan buktikan kepada semua orang yang aku mampu menjadi lebi baik. In sha Allah 😊
Dah baca? Jangan lupa like n comment ye..

No comments:

Post a Comment