Saturday, 25 March 2017

Fully Move On ??

Hai korang. lamakan yana tak update blog. erm tetiba malam ni macam rajin and ada mood untuk menulis blog. hmm based on he title. mesti korang dah oleh agak apa yang yana nak story. haahaa maybe bagi korang story ni a little bit boring but yana nak story jugak. okayy kalau nak diikutkan dah masuk 7bulan yana putus cinta. hmm sedih ?
tak tahulah sama ada still ada perasaan sedih tu atau tak sebab kekadang tu yana teringat dekat dia tapi kekadang dah rasa macam fully move on. tak tahu macam mana nak cakap. bukan tak pernah cuba untuk membenci dia tapi oang pernah cakap. kenapa kita nak benci orang yang pernah bahagiakan kita suatu masa dahulu.

so yana pun hentikan niat untuk membenci dia and yana lepaskan dia dengan rela hati. serius kalau kita tak relakan hati kita sendiri untuk lepaskan dia. memang susah nak move on. dulu yana fikir nak move on ni kita kena cari pengganti but sebenarnya tak pun. kita kena ikhlaskan hati kita untuk betul betul lepaskan dia. biarlah tinggal kenangan. lagi satu orang tu dah bahagia tapi kita nak sedih sedih lagi ?? come on lahh. ramai lagi lelaki dekat luar sana. tapi satu benda yang yana belajar sepanjang zaman percintaan yana. JANGAN LETAK HARAPAN TERLALU TINGGI. Haahaa serius weii. dulu yana suka berangan dekat ex ex lama tentang masa depan. kononnya nanti nak wedding tema itu ini. anak nak berapa orang. nanti dah kahwin nak decor rumah macam mana haahaa. bila ingat balik ketawa sendiri weii.

tak sangka dulu perangai tak senonoh betul. cipta angan angan yang terlalu tinggi. haa lagi satu janganlah nak berjanji bulan bintang haahaa. takkan boleh tergapai pun weii. maybe ada segelintir tapi tu lah. orang kata jodoh ni mencerminkan diri kita. emm kalau betullah aduhh risau betul dengan bakal jodoh sendiri haahaa. tapi bila dah meningkat dewasa ni dah malas nak pikir. kalau ada, emm adalah jodoh tu. dapatlah invitation daripada yana tapi kita pun tahu sama ada jodoh atau ajal yang sampai dulu. tapi for sure sekarang ni. i want to be myself and capai semua target then explore the whole world. Insya Allah.


Dah baca? Jangan lupa like n comment ye..

Tuesday, 10 January 2017

Precious time !


haii. lama menghilangkan em actually last post dekat blog ni yana ada cakap nak quit write lagi. haahaa tapi sebab boring kekadang tu tak ada buat apa apa and harini macam terlebih rajin pulakk. so yana nak story sikitlahh. first of all, Happy New Year you alls. haahaa tahu dah late 2minggu tapi korang pun bukannya rajin bukak blog yana kannn. haahaa okayy stop! this is the story. new year haritu yana and member member masa zaman poli dulu ada plan. kononnya nak jumpa and reunion rumah 1111 but biasalah. bila sorang je spoil mood pun jadi ke laut haahaa. 

and disitulah mulanya plan yana and si senget(fana) untuk celebrate new year berdua. emm tapi nak diikutkan ada lagi sorang but ada hal yang tak dapat dielakkan so kami berdua je lah. haa nak tahu kita orang pergi mana haahaa. kebanyakkan budak budak lain sambut new year pergi jauh jauh example penang, port dickson or tempat tempat yang menariklah. ehhh tempat yang kita orang pergi pun best tau. kita orang celebrate new year dekat PONTIAN,JOHOR !!!! haahaa menarik tau dekat situ.

kita orang gerak sabtu petang tu agak lewat jugaklahh sebab fana nak setelkan hal dia pagi tu. sampai je dekat situ kita orang terus cari hotel. biasanya new year hotel jadi penuh tapi sebenarnya tak pun. banyak je hotel yang kosong lagi tau. pilihan banyak but kita orang ikut budget. tak nak mahal sangat. nak simple and berbaloilah kita orang punya short vacay ni. overall semuanya memang best and happening jugak. yang kelakar tu. nama je dua dua kampung dekat pontian but still guna waze. haahaa

pada mulanya dua dua dah berhajat. no fast food tapi tu lahh. memang banyak kedai makan cuma tak tahulah sedap atau tak and kami berdua ni agak cerewet sikit pasal makan. emm tapi tak cerewet sebenarnya haahaa cuma risau harga je. sebab kita orang sekali makan je kekadang tak ingat dunia. so malam tu berpusinglah kita orang nak mencari makanan. si fana tu pulak time tu craving nak makan marrybrown sebab nampak budak reception makan marrybrown. 

yana pun mulalah membuka waze untuk mencari keberadaan marrybrown tersebut. dah cari and finally jumpa but nak tahu apa yang menyedihkan. waze tu tipu !!! tak ada pun marrybrown dekat situ. begitu menghampakan sebab dedua dah lapar. kita orang pun decide untuk makan dekat small mall yang ada dekat situ. ehh walaupun nampak kecik tapi dalam tu ada karaoke box, game site and tak silap ada giant ke tesco. can't remember and dalam tu ada kfc and pizza je. tak ada food court. okayy kita orang pilih kfc. haaahaa ni kelakar. dah beratur and hampir sampai ke counter. tetiba dengar staff dia cakap ayam kena tunggu dalam 10 or 15 minit. 

tengah lapar ni boleh pulakk ayam baru nk masak. bila dah lapar nampak pizza tu macam best je kan walaupun sebenarnya tak berapa kenyang pun makan pizza. one more thing kita orang sangat bahaya kalau dibiarkan makan pizza. sebab 2 orang makan tapi order macam 5orng yang makan. haahaa nasib baik malam tu dapat kawal nafsu. jadi malam tu kita orang dinner regular beef pizza and satu plate spaghetti bolognese. nampaklah yang kita orang lapar habis licin semua makanan and sangat berpuas hati masa tu walaupun pizza tu lambat sampai.

habis je makan malam kita orang berjalan ke dataran pontian. okayy dataran dia lagi besar daripada dataran jb ni tau. luas jugak tau. ada food alley semua, ada pondok untuk santai santai and biasalah new yearkan ramai ahh budak budak kereta motor semua tu. so kita orang santai dekat situ dalam berapa jam ekh. lama jugakk lahh tapi yang kelakarnya dah duduk situ berapa jam lepas tu sakit perutlah macam macam haahaa at the end tengok bunga api dekat hotel je. haahaa nasib baik hotel dekat dengan pantai.

malam tu kita orang tidur and tak banyak sangat borak sebab dua dua dah penat. seharian berjalankan so time to energize haahaa. esuknya kita orang bersiap and teruskan perjalanan kita orang. tengahari tu kita orang makan dekat area situ je sebab fana yang recommend tempat tu. sebab ada ice cream yang yana suka makan. lagipun spaghetti dia memang sodaplahh. siap ada cheese lagi tau haahaa. fana pulak makan bakso and bakso dia pun sedap bhaii. kiranya berbaloilah makan dekat situ. harga dia pun reasonable. bila dua dua dah kenyang perut dah senang hati. so we carried on our journey.

first plan nak pergi tg piai disebabkan keadaan cuaca yang cerahkan. kita orang ingatkan tak ramai yang datang dekat situ tapi ramai rupanya. geng geng motor besar pun ada tau tapi masa awal awal sampai tu tak best sangatlah sebab hujan turun membasahi bumi. agak lebat jugaklahh then banjir pulak kawasan dalam tg piai tu. pekerja dia tak bagi pengunjung masuk selagi air tak surut. emm rasanya adalah dalam 2jam kita orang tunggu. haa bertabahkan kita orang. haahaa siap beli topi lagi tau punyalah semangat nak berjalan dalam tu haahaa. 

rupanya dalam tg piai tu besar. memanglah tak ada apa pun dalam tu tapi sebab penghujung benua asiakan haahaa. seronok jugak berjalan pergi jeti rasa angin laut. tengok orang orang memancing haahaa tapi yang kelakarnya. si fana tu takut nak berjalan tengah tengah laut tu. dia macam nak pitam masa berjalan tu haahaa muka macam dah pucat so yana pun tak teruskan sampai ke penghujung jeti. risau pulak kang jadi apa apa kat si fana tu haa. nampaklah yang dia takot sangat sampai pegang kuat kuat tangan yana and yana pun tahu dia cuba memberanikan diri untuk jalan sampai hujung. haahaa kesian tengok dia. so kita orang jalan separuh je tapi yang takut sebab ada monyet. aduh lemah betul. monyet monyet tu semua agresif pulak tu. risau betul nasib baik tak jadi apa apa.

then lepas tu plan nak ke muzium bugis, unfortunately keadaan cuaca tak mengizinkan. hujan lebat sepanjang jalan sampai terlepas muzium tu haahaa tapi tak kisahlah sebab masa tu pun dah lewat petang. kita orang terus balik. on the way nak balik tu laparlahh pulak. kalau nak diikutkan kita orang berdua ni kalau berjalan. more interested pada makan haahaa. kurang sikit benda benda lain haahaa. then kita orang decide nak makan dekat jb je. haa dah sampai jb nak mencari tempat makan satu hal pulak. last last makan dekat angsana je. senang haahaa. budget kita orang berdua below rm200. haa lupa pulak fana ada belikan souvenir untuk ibu dia masa dekat tg piai. yana tak beli pun sebab mak bukannya minat sangat benda benda macam tu.


inilah kisah percutian kami yang singkat tapi memang best. no pressure. so kalau ada rezeki lagi, umur panjang bolehlah ready untuk next trip pulakk. haahaa yang penting trip kita orang takkan melebihi had. lagi pun before kita melawat negeri orang. apa salahnya jelajah negeri sendiri. so bila orang luar datang and tanya tak adalah nampak blur blur haahaa ok thats all. babaiiii


dekat Dataran PONTIAN

done check in

dinner pizza

muka nak tunggu bunga api

lunch at RasaRia *xde gmbr makanan full*

tg piai

beli topi untuk halang hujan

tiket masuk



tu lah penhujung jeti. jauh lagikan 😓😓😓😓😓


Dah baca? Jangan lupa like n comment ye..